Sejak 6 Januari 2021

Tentang Truly Gourmet

Ketahui bagaimana sebuah jenama Malaysia yang dibiayai sendiri mengubah tempe kacang soya menjadi kerepek yang memenangi anugerah, daripada dapur rumah pada 2021 hingga ke kilang kini di Kajang.

RM500untuk memulakan perjalanan
139penguji sukarela
10,000kaki persegi, kilang kami hari ini
5 / 8perisa memenangi anugerah
Baca kisah kami
Bab demi bab

Kisah Kami

01 · 2018

Ethan Wong membesar di dapur restoran mi udang milik ibu bapanya, yang telah mereka usahakan selama lebih 30 tahun. Selepas bekerja dalam bidang pengurusan makanan di Guangzhou, beliau kembali ke Malaysia dengan satu hasrat untuk memhasilkan produk makanan sendiri yang sesuai untuk golongan vegan dan vegetarian.

Pada tahun 2018, beliau memulakan eksperimen dengan menghasilkan tempe menggunakan pelbagai jenis kacang, seperti kacang soya, kacang hitam, kacang kuda dan kacang tanah, di dapur milik bapanya. Walaupun proses penapaian berjaya, tempe segar hanya mampu bertahan sekitar lima hingga tujuh hari. Daripada cabaran inilah tercetus idea untuk mengolah tempe menjadi kerepek yang mempunyai jangka hayat sehingga 12 bulan, sekali gus membuka ruang baharu untuk produk tersebut dikembangkan.

02 · 2020

Setelah kehabisan wang, Ethan bekerja selama 14 bulan sebagai cef peribadi di taiwan untuk merealisasikan impiannya. Apabila pandemik melanda pada 2020, segala perancangan terpaksa dihentikan. Beliau kemudian mencuba pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan daripada membina laman web hinggalah menjual kek. Dengan hanya kira kira RM5,000 yang berbaki di dalam akaun bank, Ethan dan isterinya mengambil RM500 daripada simpanan tersebut untuk memulakan semula penyelidikan kerepek tempe.

03 · Disember 2020

Pada Disember 2020, Ethan sendiri turun ke lapangan dengan memandu untuk menghantar sampel kerepek tempe kepada 139 penguji sukarela. Hasilnya cukup menyakinkan, sampel tersebut menerima purata skor 8 daripada 10, menandakan produk itu sudah bersedia untuk dilancarkan di pasaran. Pada 6 Januari 2021, Kerepek Tempe Berperisa Garam Laut Truly Gourmet mula dijual secara rasmi. Truly Gourmet mula dijual.

04 · 2021

Sepanjang 11 bulan berikutnya, rutin harian bermula seawal pukul 5 pagi. Selama dua jam, hirisan tempe dibuat secara manual di atas papan pemotong kecil, sebelum diteruskan dengan proses menggoreng, membersihkan dan membungkus produk. Pada waktu malam pula, kacang soya untuk kelompok seterusnya dikupas satu persatu dengan tangan, selalunya berlanjutan sehingga pukul 11 malam. Namun, segala usaha itu mula membuahkan hasil apabila permintaan terhadap produk terus meningkat. Pada November 2021, kami berpindah ke ruang pengeluaran seluas 3,500 kaki persegi, manakala pasukan berkembang daripada hanya dua orang kepada sepuluh orang.

05 · 2021 – 2023

Untuk masuk ke rak pasar raya bukan mudah, kerana pembeli menerima tawaran daripada ratusan pembekal. Bilabila Mart antara yang terawal menyokong kami kerana komitmen mereka terhadap produk buatan tempatan, diikuti Village Grocer dan, menjelang 2023, pasar raya di seluruh Malaysia.

06 · Mei 2024

Pada Mei 2024, kami berpindah ke kilang seluas 10,000 kaki persegi di Kajang. Selain kerja elektrik dan kerja pakar, Ethan menguruskan sendiri kerja ubah suai selama lima bulan, membeli bahan dan mengurus pembinaan di celah-celah syif pengeluaran.

07 · Setiap langkah

Semua ini tidak akan berlaku tanpa isteri Ethan, rakan kongsinya sejak kelompok pertama dan tunjang di sebalik seluruh perjalanan ini. Setiap kali beliau mahu berputus asa, isterinyalah yang berkata: jom berhenti sekejap, minum kopi, dan fikir baik-baik.

2018 → hari ini

Dari Dapur Rumah ke Kilang

  1. 2018
    Penyelidikan & Pembangunan PertamaEthan mula menapai tempe di dapur ayahnya.
  2. Pertengahan 2020
    Penyelidikan dihidupkan semulaPenyelidikan kerepek tempe bermula semula semasa pandemik.
  3. Disember 2020
    Ujian beta139 penguji sukarela; purata skor 8 daripada 10.
  4. 6 Januari 2021
    Pelancaran produkKerepek Tempe Berperisa Garam Laut, dibuat di dapur rumah kami.
  5. November 2021
    Berpindah ke ruang 3,500 kaki persegiUntuk memenuhi permintaan.
  6. April 2023
    SingapuraPasaran luar negara pertama kami.
  7. September 2023
    Disenaraikan di pasar raya terkemuka seluruh MalaysiaVillage Grocer, Jaya Grocer, Mercato, Cold Storage, AEON, Watsons dan banyak lagi.
  8. Mei 2024
    Kilang 10,000 kaki persegi di KajangKapasiti pengeluaran harian 1.2 tan metrik.
  9. November 2024
    Disahkan Halal oleh JAKIM
  10. April 2025
    Garam Laut memenangi dua anugerah antarabangsaMonde Selection Gold 2025 · Superior Taste Award 2025 (2 bintang) – International Taste Institute
  11. April 2025
    Kilang diperakui HACCP
  12. April 2026
    Bawang Putih memenangi Monde Selection Gold 2026
  13. April 2026
    Bawang Putih memenangi Superior Taste Award 2026 (2 bintang) – International Taste Institute
  14. Mei 2026
    Dikilangkan di kemudahan yang diperakui FSSC:22000 FSMS
  15. Julai 2026
    Great Taste 2026 (1 bintang)Garam Laut, Garam Laut Rendah Garam, Lada Hitam dan Jintan Manis
  16. Seterusnya
    Banyak lagi akan datang.

Hari ini, kerepek tempe kami dihidangkan di bilik hotel 5 bintang di Malaysia, dan kami membekalkan secara pukal kepada pejabat, hotel, restoran dan kafe. Lihat Korporat & Hospitaliti.

Dari kacang ke pek, di bawah satu bumbung

Cara Kami Menghasilkannya

Kami menghasilkan tempe kami sendiri, daripada penyediaan kacang dan penapaian hingga menghiris, menggoreng, memperisakan dan membungkus, semuanya di kilang kami di Kajang, Selangor.

  1. 01Penyediaan kacang
  2. 02Penapaian
  3. 03Menghiris
  4. 04Menggoreng
  5. 05Memperisakan
  6. 06Membungkus
  • Dikilangkan di kemudahan yang diperakui FSSC:22000 FSMS
  • Kilang diperakui HACCP
  • Disahkan Halal oleh JAKIM

Ketahui lebih lanjut tentang Standard Kami.

Ketik satu perisa

Pengiktirafan

Lima daripada lapan perisa kami telah memenangi anugerah rasa antarabangsa:

Kerepek Tempe Berperisa Garam Laut (80g)
3 anugerah

Garam Laut

  • Monde Selection Gold 2025
  • Superior Taste Award 2025 (2 bintang) – International Taste Institute
  • Great Taste 2026 (1 bintang)
Beli Garam Laut →
Kerepek Tempe Berperisa Bawang Putih (80g)
2 anugerah

Bawang Putih

  • Monde Selection Gold 2026
  • Superior Taste Award 2026 (2 bintang) – International Taste Institute
Beli Bawang Putih →
Kerepek Tempe Berperisa Garam Laut Rendah Garam (80g)
1 anugerah

Garam Laut Rendah Garam

  • Great Taste 2026 (1 bintang)
Beli Garam Laut Rendah Garam →
Kerepek Tempe Berperisa Lada Hitam (80g)
1 anugerah

Lada Hitam

  • Great Taste 2026 (1 bintang)
Beli Lada Hitam →
Kerepek Tempe Berperisa Jintan Manis (80g)
1 anugerah

Jintan Manis

  • Great Taste 2026 (1 bintang)
Beli Jintan Manis →
Seperti Dipaparkan Di:
  • BFM 89.9
  • The Star
  • Options (The Edge)

Baca lebih lanjut di Berita, Anugerah & Media.

Apa yang Membuatkan Kami Terus Bertahan

"Gagal tidak bermakna semuanya berakhir. Ia cuma bermakna anda telah belajar sesuatu. Cuba lagi, sehingga anda berjaya."
— Ethan Wong, Pengasas
Beli kerepek tempe kami